05 November 2009

NIZAR NGAN PERANGAI BURUK...HAMPEH !!!!

Salam 1 Malaysia dari amno buat semua yang memperjuangkan bangsa melayu agama Islam. Ambo jugak menyusun sepuluh jari atas penulisan ambo yang sudah lama diabaikan. Bukan ambo penat untuk teruskan perjuangan melalui media yang serba canggih ini, tetapi atas kesibukkan ambo yang sangat tidak dapat dielakkan akhir-akhir ini. Walaubagaimanapun, ambo masih lagi berjuang dengan cara ambo sendiri.
ambo sebagai ore mudo sekarang semakin seronok melihat gelagat rakyat Malaysia pada hari ini yang betul-betul menyahut seruan gagasan 1 Malysia yang diperkenalkan oleh PM kita, terutama golongan muda termasuklah mat-mat rempit sejati. Baru-baru ni ambo terkejut dengan gelagat sekumpulan mat rempit yang mewarnakan motosikal mereka dengan logo 1 Malaysia dan meronda kawasan bandar. Walaupun mereka semeangnya merbahayakan diri sendiri dan orang lain, tetapi ambo lebih berfikiran positif. Mungkin dengan cara mat rempit tersebut lebih berkesan untuk 1 Malaysia disemaikan dalam diri sesetengah yang mempunyai hati batu seperti puak pembangkang. Ambo dapat merasakan yang golongan mat rempit tersebut, merasakan diri mereka yang tidak hebat dalam ekonomi, pendidikan semakin terjaga kebajikan mereka dalam misi 1 Malaysia. Harap-harap puak yang tidak menyokong akan gagasan ini, sedarkanlah diri untuk terus manjaga bumi tercinta.
Hari ini, ambo sempat melawat malaysiakini. Ambo tertarik dengan satu isu yang menyentuh soal samseng yang diupah untuk mengawal sidang DUN Perak. Ambo sangat geli hati bila membaca kenyataan yang dikeluarakan oleh Nizar Jamalludin MB pakatan pembangkang. Perlukah si Nizar buat rayuan peribadi dengan Sultan Perak untuk batalkan sidang DUN tersebut. Kenapa perlu Nizar untuk takut kekecohan yang akan berlaku dalam sidang DUN nanti. Bukankah dia yang sangat suka akan kekecohan dalam sidang DUN yang lepas? Kata orang dia yang lebih la Nizar ni. Memang patut la kalau pemeriksaan yang ketat perlu dilaksanakan sebelum masuk ke dalam dewan. Sebab tu pesan orang tua-tua, buat jahat jangan sekali. Mana nak tahu kalau-kalau kain HIDUP-HIDUP balut kepala kamu bawak masuk lagi. Ambo rasa jika persidangan DUN yang melibatkan Nizar, bukan setakat samseng perlu ada, penembak hendap pon perlu ditempatkan dalam dewan. Salam dari Ambo yang sentiasa Dulu,Kini dan Selamanya.......

11 Oktober 2009

INILAH ADUN BARU B TAN SRI ISA SAMAT..

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Tan Sri Isa Samad yang telah dipilih oleh hampir seluruh penduduk Bagan Pinang sebagai wakil rakyat Bagan Pinang!!!!PRK Bagan Pinang memperlihatkan kita satu lagi penghinaan oleh rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat di mana Barisan Nasional telah menang besar dengan majoriti lebih dari 2 kali ganda daripada majoriti semasa PRU12 yang lepas...

TAHNIAH BUAT TANSRI ISA,INSYALLAH ANDA AKAN MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SBAGAIMAN YANG TELEH DIAMANAHAN

"1MALAYSIA,RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAHAN"


09 Oktober 2009

BagaN PiNaNG 200SemBiLaN

Saya sebenarnya sedikit risau dengan keadaan politik di Bagan Pinang, kerisauan itu adalah berasaskan kepada beberapa perkara tersebut :
1. Undi tentera yang didakwa akan berpihak kepada pembangkang, benarkah begitu? Menurut sumber tertentu, sudah kedengaran berlaku arus perubahan dalam kalangan tentera yang akan mengundi pembangkang secara besar-besaran. Ini satu hal yang serius. Soalnya sekarang mengapa mereka terpengaruh dengan dakyah pembangkang? Dan apa yang harus kita lakukan?
2. Dikatakan bahawa 65% generasi muda di Bagan Pinang masih kental menyokong pembangkang. Benarkah begitu? Apakah langkah Pemuda UMNO Malaysia dalam mendekati mereka?
3. Wujud undi sabotaj dalam kalangan ahli UMNO yang jujur berjuang dan sejak awal-awal lagi golongan ini menolak Tan Sri Isa Samad sebagai calon di kawasan tersebut - persoalannya berapa ramaikah golongan tersebut dan kesannya kepada undian untuk BN kelak?
Kesimpulan saya : Saya risau dengan keputusan yang bakal BN peroleh di Bagan Pinang kelak - saya merasakan sesuatu yang "tidak baik" akan berlaku dalam keputusan pilihan raya kecil di sana - namun demikian, saya berharap andaian saya itu adalah tidak benar - dan semua laporan di atas juga adalah tidak benar, malah saya sangat berharap laporan-laporan risikan yang telah saya dengar juga adalah tidak benar sama sekali. Wallahualam.

05 Oktober 2009

IYO-KO PAS AKAN MENANG DI BAGAN PINANG ???



FUH...JIKA PAS MENANG DI BAGAN PINANG MAKA MAKIN BERTAMBAH LAGI LAH SEBUAH DUN YANG AKAN KITA DAPAT LIHAT KEMUNDURAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR MALAH PEMBANGUNAN SOSIAL JUGA AKAN HANCUR.LIHAT SAHAJA DI SETIAP KAWASAN YANG DIKUASAI OLEH PIHAK PEMBANGKANG TERUTAMA PAS. APA YANG DIBANGUNKAN BAGI KESELESAAN RAKYAT???HAMPEH!!! ADUN PEMBANGKANG NI HANYA TAHU PENUHKAN POKET SENDIRI SAHAJA.LIHAT CONTOH NEGERI KELANTAN YANG MANA PAS MENTADBIR. PEMBANGUNAN NYA MUNDUR. MASAALAH SOSIAL JUGA AGAK MENGAIBKAN DIBAWAH KEPIMPINAN NIK AZIZ DAN KEPIMPINAN PAS YANG LAIN.TAPI BILA BAB BALAK BUKAN MAIN LAJU LAGI ADUN PAS NI SAPU. SEHINGGAKAN BALAK DIKELANTAN TENDER NYA TELAH DIBOLOT SEHINGGA BALAK HABIS DI KELANTAN.ITU DI KELANTAN YANG MANA KEKAYAAN NEGERI DIBOLOT OLEH PARA KORUPSI-KORUPSI DALAM PAS. SELANGOR PULA APA CERITA???EMMM SELANGOR LAGI JAHIL JADINYA BILA DI BAWAH KERAKUSAN PAKATAN PEMBANGKANG. LIHAT SAHAJA KEDAI JUDI, ARAK DAN PUSAT MAKSIAT DI SELANGOR. SEMENJAK DI BAWAH PENTADBIRAN PAKATAN PEMBANGKANG SEMAKIN MENJADI-JADI HAL INI.APA YANG RAKYAT SELANGOR DAPAT???APA MAANFAATNYA DARI PEMERINTAHAN PAKATAN PEMBANGKANG???DANA DARI KERAJAAN NEGERI DISALURKAN BAGI SETIAP DUN, NAMUN ADAKAH WANG DANA TERSEBUT SAMPAI KE RAKYAT??? JANGAN HARAP LAH NAK MERASA DUIT SELANGOR ITU JIKA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG TU DAH KASI BALUN DUIT TU.DANA DIKELUARKAN TIAP-TIAP MINGGU BAGI PERUNTUKAN DI SETIAP DUN. TAPI PASAL APA RAKYAT TAK DAPAT MENIKMATI HASIL DARI DANA SELANGOR???MANA TAKNYE.....DEPA ADUN PEMBANGKANG NI JOLI SAKAN. BIASALAH KALAU DAH TEAM KORUPSI, NI LAH JADINYA. YANG MENJADI MANGSA RAKYAT SELANGOR ITU SENDIRI.PENGUNDI DI BAGAN PINANG SEHARUSNYA SEDAR APAKAH MAANFAAT YANG DIPEROLEHI MEREKA DENGAN MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS. PENGUNDI HARUS SEDAR BAHAWA KERAJAAN BARISAN NASIONAL MERUPAKAN KERAJAAN ISLAM. BUKAN SEPERTI PAKATAN PEMBANGKANG YANG HANYA MANIS MENABUR JANJI.ISA SAMAD MERUPAKAN CALON YANG SEMEMANGNYA BERDEDIKASI DAN MERUPAKAN KULI PADA PENGUNDI DI BAGAN PINANG. SUARAKAN APA SAHAJA MASAALAH ANDA MAKA ISA SAMAD PASTINYA AKAN MEMBANTU MENYELESAIKAN MASAALAH TERSEBUT.BARISAN NASIONAL TIDAK PERNAH MEMBUAT JANJI KOSONG. MALAH BARISAN NASIONAL SENTIASA MEMBANTU RAKYATNYA TAMPA MENGIRA AGAMA DAN BANGSA



15 September 2009

Nizar oiii !!! Hapuskan Kuota dan Letakkan Kriteria Serta Pelbagai Syarat : Sejauh Mana Kesannya Terhadap UMNO?

KEMANA HALA TUJU
PARTI UMNO SELEPAS BEBERAPA
PINDAADN INI BERKESAN?
~InraaLLaH berjaya~

Antara cadangan pindaan perlembagaan UMNO yang akan diadakan pada perhimpunan yang akan datang ini ialah sistem kuota dihapuskan dan diganti dengan kriteria–kriteria tertentu bagi ahli–ahli UMNO yang ingin menawarkan diri untuk bertanding jawatan.Sebelum kita pergi lebih jauh, kita selidiki apakah yang ingin dicapai dengan penghapusan kuota pencalonan bagi setiap jawatan dalam UMNO.

Pertama ingin mewujudkan pemilihan yang lebih mencerminkan kehendak akar umbi.

Kedua pemimpin yang berintegriti dan:

Dan ketiga yang paling penting sekali supaya lebih banyak bakat-bakat baru boleh menonjolkan diri dalam kepimpinan.Persoalannya adakah ketiga-tiga matlamat ini akan tercapai dengan kriteria-kriteria dicadangkan bawah ini?

1)Pencalonan Ketua Pemuda :-Perlu menjadi exco Pemuda selama 1 Penggal dan ada cadangan 2 penggal.-Had Umur 45 tahun.

2)Pencalonan Presiden :-Perlu menjadi naib Presiden 2 Penggal

3)Pencalonan Exco Pemuda :-Perlu ada apa-apa jawatan dalam pemuda terlebih dahulu.

4)Pencalonan Naib Ketua Bahagian:-Perlu jadi jawatankuasa bahagian atau jadi perlu jadi Ketua Pemuda.

Sekali lagi adakah ketiga-tiga matlamat iaitu ingin mewujudkan pemilihan yang lebih mencerminkan kehendak akar umbi,pemimpin yang berintegriti dan supaya lebih banyak bakat-bakat baru boleh menonjolkan diri dalam kepimpinan akan tercapai jika kriteria-kriteria pencalonan di atas diambil kira?Sedangkan ramai orang tahu jika ahli UMNO yang tidak pernah menang apa-apa jawatan dalam UMNO tidak akan mungkin dapat bertanding jika kriteria-kriteria ini dipakai.

Adakah keadaan ini tidak menyekat peluang pemimpin-pemimpin yang berpotensi dan berkebolehan?Jika contohnya pencalonan untuk jawatan Ketua Pemuda iaitu perlu menjadi exco selama 2 Penggal. Bagaimana sekiranya Ketua Pemuda meninggal dunia dan naib beliau hanya pernah memegang jawatan exco selama 1 penggal?Ia akan menjadikan keadaan kacau bilau, kerana tiada siapa yang akan layak untuk duduk di jawatan Ketua Pemuda sekarang jika melihat majoriti exco hanya pernah 1 penggal memegang jawatan.

Adakah keadaan ini tidak menyusahkan ahli-ahli UMNO untuk mengemukakan pencalonan berbanding sistem kuota?Seharusnya syarat-syarat yang logik dan praktikal perlu digunapakai, contohnya keahlian UMNO selama 3 tahun.

Jika kriteria-kriteria di atas ini dipakai dan hanya menguntungkan sesetengah pihak dan menyekat peluang pertandingan pada mereka yang berpotensi.Adakah matlamat penghapusan sistem kuota akan tercapai ?Akhir sekali sejauh mana kesannya terhadap UMNO ?Jangan sampai ahli-ahli UMNO jauh hati dan lari ke parti lain kerana peluang mereka untuk bertanding dinafikan.Fikir-fikirkanlah..

"Bangkitlah Dengar Suara Akar Umbi,Jangan Hanya Fikir Perut Sendiri"