Saya sebenarnya sedikit risau dengan keadaan politik di Bagan Pinang, kerisauan itu adalah berasaskan kepada beberapa perkara tersebut :1. Undi tentera yang didakwa akan berpihak kepada pembangkang, benarkah begitu? Menurut sumber tertentu, sudah kedengaran berlaku arus perubahan dalam kalangan tentera yang akan mengundi pembangkang secara besar-besaran. Ini satu hal yang serius. Soalnya sekarang mengapa mereka terpengaruh dengan dakyah pembangkang? Dan apa yang harus kita lakukan?
2. Dikatakan bahawa 65% generasi muda di Bagan Pinang masih kental menyokong pembangkang. Benarkah begitu? Apakah langkah Pemuda UMNO Malaysia dalam mendekati mereka?
3. Wujud undi sabotaj dalam kalangan ahli UMNO yang jujur berjuang dan sejak awal-awal lagi golongan ini menolak Tan Sri Isa Samad sebagai calon di kawasan tersebut - persoalannya berapa ramaikah golongan tersebut dan kesannya kepada undian untuk BN kelak?
Kesimpulan saya : Saya risau dengan keputusan yang bakal BN peroleh di Bagan Pinang kelak - saya merasakan sesuatu yang "tidak baik" akan berlaku dalam keputusan pilihan raya kecil di sana - namun demikian, saya berharap andaian saya itu adalah tidak benar - dan semua laporan di atas juga adalah tidak benar, malah saya sangat berharap laporan-laporan risikan yang telah saya dengar juga adalah tidak benar sama sekali. Wallahualam.


tahniah dari saya buat tan sri atas kemenangan tadi.insyaallah BN mampu melasanakan tanggungjawab kepada penduduk di bagan pinang,
BalasPadamrakyat didahulukan = pencapaian diutamakan